Sunday, 8 July 2012

MY 12 weeks Journal....week Number 6

Salam ini merupakan minggu ke 6 dan tinggal 6 minggu lagi untuk menamatkan 12 weeks journey.Seperti biasa setiap minggu malah setiap kita semestinya perlu belajar suatu yang baru walaupun perkara tersebut terlalu senang.Pastikan setiap hari kita perkara suatu benda yang baru.Apa yang belajar pada minggu ini ialah cuba untuk memaafkan seseorang.Semakin kita membenci seseorang itu,semakin sakit hati kita ini kepada orang tersebut.Malah jiwa kita ini semakin tertekan dan fikiran kita ini akan sentiasa  tidak tenang serta bertambah kusut.Selain itu,cubalah untuk mempelajari daripada kesilapan yang lalu yang telah kita lakukan.Seandainya kita lupa sejarah yang lalu pastinya kita akan mengulanginya lagi.Contohnya dosa yang kita lakukan secara sedar ataupun tidak sedar.Memang menjadi fitrah seorang manusia yang mana makanan kepada rohani adalah amal jariah yang di lakukan.Jika kita ini tidak menjaga dengan baik pastinya diri kita ini akan rosak.

Pada minggu ini juga saya telah melawt negeri Johor untuk menghantar sepupu saya berkahwin.Pada mulanya hati ini merasakan tidak mahu untuk pergi.Namun setelah memikirkan aku pergi ini untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga lain,hati ini mula berubah untuk pergi.Walaupun ini merupakan funcntion yang saya hadir ini tidak seperti majlis-majlis lain,namun saya manfaatkan dengan berinteraksi dengan ahli keluarga sebelah ayah.Perkongsian cerita dilakukan dan apa yang dilakukan pada masa sekarang.Secara tidak langsung saya juga telah mempelajari adat budaya berlainan negeri.Apa yang membezakan antara negeri Johor dan Terengganu ialah apabila sampai di tempat pihak perempuan,pengantin lelaki perlu membayar “tol”.Saya sendiri pun tidak mengetahui istilah sebenar.Untuk sampai ke tempat persandingan,hampir 6 kali “tol” terpaksa dibayar.Maka seandainya anda untuk memasang niat untuk berkahwin dengan orang Johor,bersiap sedia lah duit anda.....:)))

Saya telah membaca satu artikel daripada majalah Reader’s Digest yang mengisahkan proses untuk mencari kapal terbang Air France Flight 447 yang telah terhempas di lautan pasifik.Sering kali kita merasakan proses untuk mencari mencari pesawat  adalah untuk mencari kotak hitam yang berada dalam pesawat tersebut.Dengan adanya kotak hitam  itu kita dapat memastikan punca sebenar nahas itu berlaku.Pada masa yang sebenarnya mereka juga untuk memastikan masalah yang dihadapi juga oleh juruterbang pesawat tersebut ketika menghadapi situasi tersebut.Ini dapat memastikan pada masa akan datang,juruterbang akan mendapat modul latihan yang lebih baik untuk memastikan diri mereka bersedia untuk menghadapi situasi tersebut.

Saya juga telah melihat satu video klip yang member nasihat kepada anak-anak untuk menguruskan jenazah ibu dan ayah mereka nanti apabila ibubapa mereka meninggal nanti.Ini kerana merupakan penghormatan terakhir daripada seorang anak kepada ibubapa mereka.Walaupun setinggi mana kita belajar,namun kita tidak pandai dan tidak sanggup untuk menguruskan jenazah,amat sia-sia lah diri kita ini.Andai kata diri ibubapa itu mempunyai aib,aib tertutup sampai peringkat anak sahaja.Seandainya orang lain yang menguruskan,mungkin mereka akan menceritakan kepada orang lain.Mulut orangkan.Bayangkan seorang anak yang mengafankan ibubapa mereka,macam mana mereka untuk menarik kain tersebut.Kalau orang lain yang buat itu mungkin sedikit kasar,kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana itu bukan keluarga dia sebab kita yang mintak tolong daripada mereka.

Tidak banyak aktiviti yang saya lakukan pada minggu ini.Saya hanya lah pergi ke sekolah untuk berjumpa cikgu-cikgu di sekolah.Sudah lama tidak berjumpa mereka.Pada mulanya saya merasakan bahawa seperti cikgu-cikgu tidak menerima sangat kehadiran saya dengan kawan saya.Namun sebaliknya berlaku.Mereka menerima kehadiran kami dengan baik.Banyak perkara dibualkan walaupun perjumpaan kami hanyalah seketika,tetapi saya merasakan ia merupakan bermanfaat.